Lebih 315 tan sisa pukal mangsa banjir Johor dikutip - Exco
Iklan
Pelbagai barangan yang musnah akibat bencana bah dilonggokan mangsa banjir di hadapan rumah untuk dikutip oleh syarikat konsesi ketika tinjauan di Kampung Seri Serdang, baru-baru ini. Foto fail Bernama
JOHOR BAHRU - Sebanyak 315.74 tan sisa pukal telah dikutip dalam operasi pembersihan di pelbagai kawasan terjejas banjir di negeri ini baru-baru ini, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Mohd Shukor.
Beliau berkata, jumlah berkenaan dijangka mencapai 500 tan dan kira-kira 1,000 petugas telah dikerah bagi memastikan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dilakukan segera.
Iklan
Iklan
"Kerajaan Johor komited memastikan operasi pembersihan pascabanjir berjalan lancar.
"Pihak berkuasa tempatan (PBT) terdiri daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Majlis Daerah Segamat (MDSR) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) telah memainkan peranan penting dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Mohd Jafni berkata sebanyak 144 lori RORO (Roll-on Roll-off), 11 lori open tipper dan 31 jengkaut telah digunakan bagi mempercepat proses pembersihan.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, PBT dan sukarelawan atas usaha keras mereka dalam membantu rakyat bangkit daripada musibah berkenaan.
Iklan
Kerajaan negeri katanya, turut mengambil maklum mengenai cabaran logistik dan berusaha menambah baik koordinasi bagi memastikan sisa banjir dapat diurus dengan lebih efektif.
"Bagi memastikan kelancaran operasi ini, kami menggalakkan kerjasama erat antara penduduk dan PBT dalam melaporkan kawasan yang masih memerlukan perhatian. Kita juga sedang merancang langkah jangka panjang bagi meningkatkan ketahanan kawasan berisiko banjir melalui penambahbaikan sistem saliran dan infrastruktur,” katanya.
Mohd Jafni berkata, sebagai usaha mencegah banjir, kajian kejuruteraan akan dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan dan mencadangkan penyelesaian lebih mampan manakala kerajaan Johor juga akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan peruntukan tambahan dalam melaksanakan projek mitigasi banjir berskala besar. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.