Banjir Johor: 315 tan sampah dikutip, operasi pembersihan dipergiat

Iklan
Lebih 315 tan sisa banjir telah dikutip susulan operasi pembersihan besar-besaran di seluruh Johor.

JOHOR BAHRU – Lebih 315 tan sisa banjir telah dikutip, dan jumlah itu dijangka mencecah 500 tan dalam tempoh terdekat susulan operasi pembersihan besar-besaran di seluruh Johor.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Mohd Shukor berkata, hampir 1,000 pekerja telah dikerahkan bagi memastikan kawasan yang terjejas akibat banjir kembali bersih dan selamat didiami.

Iklan
Iklan

"Operasi ini dijalankan dengan pantas, dan jumlah sisa yang dikutip menunjukkan betapa besarnya impak banjir kepada penduduk.

"Kami akan memastikan kerja-kerja pembersihan diselesaikan secepat mungkin," katanya pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, operasi kali ini melibatkan pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT), antaranya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MBPG), Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Majlis Daerah Segamat (MDSR), dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

Tambahnya, bagi mempercepatkan proses, sebanyak 144 unit Roll-on Roll-off (RORO), 11 unit Open Tipper, dan 31 unit JCB telah digunakan bagi mengangkut sampah dalam jumlah yang besar.

Iklan

"Kerajaan negeri akan terus menambah baik koordinasi bagi memastikan pengurusan sisa banjir lebih efektif, selain merancang peningkatan sistem saliran dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko banjir pada masa depan.

"Kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi projek mitigasi banjir berskala besar," katanya.

Justeru, beliau meminta penduduk yang terjejas untuk melaporkan kawasan yang masih memerlukan perhatian agar pembersihan dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh.