Banjir: 800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam masa dua hari
Iklan
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula Ahad. Foto hiasan
JOHOR BAHRU - Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula Ahad.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM560,000 dengan 500 lokasi daripada jumlah itu terletak di daerah Johor Bahru.
Iklan
Iklan
"Kerja-kerja pembaikan bermula tengah malam tadi dan bergantung pada keadaan cuaca yang baik bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau jalan rosak di Lebuhraya Pasir Gudang di sini pada Ahad.
Beliau berharap keadaan cuaca adalah baik bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Iklan
Sementara itu, katanya, kerja pembaikan penghubung jambatan di Kampung Felda Air Tawar 1 yang runtuh dan kerosakan struktur jambatan Sungai Layau di daerah Kota Tinggi akan mula dilakukan setelah langkah penyelesaian dikenal pasti oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>