Raja Zarith Sofiah santuni mangsa banjir di Johor, kurnia sumbangan peribadi
Iklan
Raja Zarith Sofiah meluangkan masa beramah mesra dengan kanak-kanak yang ditempatkan di PPS. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor pada Sabtu.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada penduduk terjejas di PPS Kampung Maju Jaya.
Iklan
Iklan
PPS yang mula dibuka sejak 20 Mac lepas itu, menempatkan seramai 313 mangsa banjir daripada 74 keluarga yang terkesan.
"Raja Zarith Sofiah kemudian berangkat ke PPS Kampung Sinaran Baru yang menempatkan 435 mangsa banjir daripada 110 keluarga,” menurut hantaran itu.
Iklan
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dan isteri, Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latif.
Sementara itu, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia turut menyumbangkan kit penjagaan kebersihan diri serta bantuan perubatan kepada setiap keluarga di PPS. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka"><meta itemprop="description" content="Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Jakarta pada Jumaat
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796852/berita/nasional/keputusan-lembaga-pengampunan-ahmad-zahid-harap-beri-nilai-tambah-kepada-prn-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-18T09:28:58.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P106S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb9g9iq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb9g9iq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb9g9iq"></script>