JKR Johor diarah pantau, nilai kerosakan jalan akibat banjir
Iklan
Ahmad (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong, Pontian.
PONTIAN - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri serta daerah untuk terus memantau keadaan jalan di kawasan yang terlibat dengan banjir bagi menilai tahap kerosakan yang berlaku.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penilaian ini penting bagi mengenal pasti jalan yang berisiko tinggi serta berlubang untuk tindakan segera seperti kerja-kerja tampalan dan baik pulih dilakukan.
Iklan
Iklan
Ahmad (kanan) melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Agama Kayu Ara Pasong, Pontian.
"Setakat ini, kos kerosakan masih belum dinilai sepenuhnya, namun saya meminta pihak berkaitan untuk membuat penilaian munasabah terhadap kerosakan jalan akibat banjir yang berlaku sejak Rabu lalu.
"Pemantauan rapi juga perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya di kawasan terjejas banjir di negeri ini," katanya selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Kayu Ara Pasong di sini, pada Sabtu.
Iklan
Pada Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani memberitahu terdapat tiga jalan yang terputus hubungan iaitu dua di Kota Tinggi dan satu di Segamat.
Jalan Lukut Cina di Taman Aman, Kota Tinggi, yang terjejas dengan banjir ditutup untuk semua jenis kenderaan akibat arus deras dengan Jalan Johor Bahru - Endau dekat LGM atau Bukit Samsu menjadi laluan alternatif.
Iklan
Jalan Mawai Lama, Kota Tinggi, juga ditutup untuk semua jenis kenderaan kerana arus deras dan laluan alternatif adalah di Jalan Lok Heng atau Jalan Mawai atau Sungai Mas.
Jalan Jabi, Bukit Tempurung, di Segamat pula ditutup untuk semua jenis kenderaan, namun tiada laluan alternatif.
Situasi banjir di Johor makin buruk dengan bilangan mangsa banjir terus meningkat melebihi 13,000 orang yang ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah pada pagi Sabtu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian itu turut menzahirkan rasa simpati terhadap insiden yang meragut nyawa dua pelajar sekolah selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terlanggar lubang di Jalan Sengkang, Felda Inas - Bandar Tenggara, pada Jumaat.
"Jurutera JKR Kota Tinggi pagi ini bersama wakil selia selenggara telah berkunjung ke rumah keluarga mangsa di Kluang untuk menyampaikan sedikit sumbangan,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.