Syabu RM1.062 bilion dalam 166 tong drum

Iklan
Mat Zani (tiga dari kiri) menunjukkan antara lilin yang mengandungi dadah dirampas dalam serbuan pada 25 Januari lalu.

PELABUHAN KLANG - Cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine bernilai RM1.062 bilion yang disembunyikan dalam 166 tong drum terbongkar selepas pihak berkuasa merampas dua kontena di sebuah gudang di Pelabuhan Barat pada 25 Januari lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, kejayaan itu hasil operasi bersama JSJN Bukit Aman dan Polis Persekutuan Australia (AFP) di bawah Joint Taskforce (TIGER).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat berkaitan dua kontena dari Iran yang transit di Pelabuhan Klang sebelum dijangka bergerak ke Sydney, Australia.

"Maklumat awal menunjukkan kontena ini didaftarkan untuk membawa bahan memproses barangan kosmetik dan lilin.

Iklan

"Serbuan kira-kira jam 11 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari JSJN Bukit Aman di lokasi terbabit," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang di sini pada Jumaat.

Cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine bernilai RM1.062 bilion yang disembunyikan dalam 166 tong drum terbongkar selepas pihak berkuasa merampas dua kontena di sebuah gudang di Pelabuhan Barat pada 25 Januari lalu.

Jelasnya, terdapat 166 tong di dalam kedua-dua kontena berkenaan.

Iklan

"Hasil pemeriksaan ke atas kontena pertama berwarna biru menemui 83 tong berwarna biru bertulisan Paraffin Wax 3-5% yang mengandungi pepejal mampat berwarna putih kekuningan disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 16,600 kilogram (kg).

"Pemeriksaan ke atas kontena kedua berwarna merah turut menemui 83 tong dengan kandungan serupa, menjadikan jumlah keseluruhan berat rampasan 33,200 kilogram dengan nilai anggaran sebanyak RM1.062 bilion," katanya.

Mengulas lanjut Mat Zani berkata, jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan mampu digunakan 166 juta penagih dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"JSJN dengan kerjasama AFP sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi antarabangsa yang terlibat dalam penyeludupan ini," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya percaya dadah tersebut adalah untuk pasaran Australia dan Malaysia dijadikan sebagai transit sebelum bahan terlarang itu dihantar ke negara berkenaan.

"Rampasan ini merupakan rampasan terbesar yang berjaya dibongkarkan polis setakat ini.

"JSJN komited memerangi musuh nombor satu negara dan menyeru masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222," katanya.