KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan meluangkan masa melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan sesi tinjauan mesra itu berlangsung selepas Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan.
Iklan
Iklan
Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Iklan
Iklan
Hantaran itu turut berkongsi beberapa keping gambar Sultan Ibrahim dan Anwar berjalan kaki menyusuri Bukit Bintang di sekitar laluan di hadapan Menara Genesis serta pusat beli belah Fahrenheit 88. - Bernama