Amaran hujan lebat berterusan di Johor, MB minta rakyat peka, siap siaga
Iklan
Pemindahan mangsa banjir ke PPS dilakukan di beberapa tempat di Johor Bahru, Kulai dan Pontian. (Gambar kecil: Onn Hafiz)
JOHOR BAHRU - Penduduk di negeri ini diminta sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa susulan hujan lebat berterusan hampir 24 jam sejak Rabu.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, rakyat juga bersiap siaga terhadap apa jua kemungkinan dengan sentiasa menjaga keselamatan diri serta keluarga.
Iklan
Iklan
"Buat seluruh Bangsa Johor yang saya kasihi, saya telah menerima laporan daripada Jabatan Meteorologi Johor (MET Johor) bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga esok (Jumaat).
"Amaran hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Iklan
"Manakala amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.
"Saya mohon seluruh rakyat Johor untuk sentiasa peka dengan sebarang arahan pihak berkuasa, dan terus menjaga keselamatan diri dan keluarga," katanya menerusi Facebook pada Khamis.
Iklan
Setakat jam 8 pagi Khamis, tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Pontian dilaporkan terjejas banjir dengan 10 pusat pemindahan sementara sudah dibuka bagi menempatkan 893 keluarga daripada 257 keluarga.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>