Suami isteri, pengarah syarikat ditahan buat tuntutan palsu RM8.4 juta

Iklan
Dua suspek dipercayai terlibat mengemukakan tuntutan palsu RM8.4 juta ditahan SPRM.

SHAH ALAM - Padah kemuka tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat berjumlah RM8.4 juta, sepasang suami isteri dan seorang pengarah syarikat ditahan.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang dipercayai melakukan jenayah tersebut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 dan 60-an.

"Mereka telah ditahan antara jam 3 petang hingga 11 malam pada semalam (Selasa) ketika hadir memberi keterangan di SPRM Johor," katanya pada Rabu.

Iklan
Dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pada Rabu.

Tambahnya, kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara April hingga Oktober 2018.

Jelasnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang masing-masing merupakan pengarah dan konsultan syarikat disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mengeluarkan wang syarikat kira-kira RM8.4 juta.

Iklan

Sinar Harian difahamkan, perintah reman selama empat hari sehingga Sabtu dikenakan ke atas dua suspek lelaki.

Perintah reman telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pada Rabu.

Sementara itu, bagi seorang lagi suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.