Lelaki rugi RM539,647 terpedaya skim pelaburan palsu

Iklan
Seorang lelaki berusia 49 tahun kerugian lebih setengah juta ringgit selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi TikTok. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 49 tahun kerugian lebih setengah juta ringgit selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Selasa selepas menyedari dirinya ditipu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan iklan pelaburan saham di TikTok pada Oktober 2023 dan berurusan dengan seorang individu bernama Alicia Goh melalui telefon.

"Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘108 Winning Investment Circle’ dan diminta memuat turun aplikasi Silegx bagi melihat keuntungan pelaburannya.

Iklan

"Jumlah keuntungan yang tertera dalam aplikasi itu mencecah ASD1,117,217 (lebih RM5 juta), menyebabkan mangsa yakin dan membuat 10 transaksi ke lima akaun berbeza antara 8 November 2024 hingga 3 Januari 2025 dengan jumlah keseluruhan RM539,647,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.

Iklan

Balveer berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.

"Siasatan turut melibatkan pengesanan akaun yang digunakan dalam transaksi ini, termasuk kemungkinan penglibatan ‘keldai akaun’. Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik akaun yang terbabit,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat.