Teruk dikecam jual air balang RM8, peniaga sanggup turunkan harga
Iklan
Nor Ain Afiqah sanggup menurunkan harga apabila menerima kecaman teruk selepas menjual dengan harga RM8 untuk satu plastik berkandungan 1.5 liter.
PASIR MAS - Seorang peniaga air balang di Kampung Dangar di sini sanggup menurunkan harga apabila menerima kecaman teruk selepas menjual dengan harga RM8 untuk satu plastik berkandungan 1.5 liter.
Nor Ain Afiqah Fauzihan, 24, berkata, kecaman tersebut mulai tular di laman sosial selepas 10 hari dia berniaga sehingga menyebabkan hasil jualan sebanyak RM3,000 sehari menurun kepada RM900.
Iklan
Iklan
"Ini merupakan tahun ketiga saya berniaga air balang pada Ramadan, bermula pada harga RM5, RM7 dan kali ini RM8 satu plastik.
"Saya tidak menyangka menerima kecaman sebegini teruk, kerana barangan yang digunakan untuk menghasilkan kesemua 15 jenis air balang tersebut menggunakan barangan premium dan kebanyakannya dibeli dari Thailand," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Menurut dia, harga yang ditetapkan itu bersesuaian dengan kos bahan mentah kerana mata wang Thailand lebih tinggi berbanding Malaysia.
Ujarnya, ia ditambah lagi dengan peningkatan kos bahan mentah sejak pangkalan haram di Sungai Golok ditutup sepenuhnya.
Iklan
Nor Ain Afiqah memberitahu, dia juga menggunakan buah-buahan segar serta 7.5 kilogram (kg) susu pekat untuk satu balang air.
Dia berkata, kelainan resipinya pula ialah susu pekat akan dikisar bersama perisa terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam balang, namun dengan penurunan harga ia tidak lagi dilakukan dengan cara begitu.
"Saya pernah cuba menggunakan barangan tempatan dan bukannya dari Thailand, namun rasanya tidak sama serta kurang enak.
"Jadi tiada pilihan, barangan dari sana (Thailand) terpaksa diperlukan walaupun harga mahal. Namun melihat pelanggan ramai lari selepas kecaman tersebut, saya dengan rela hati menurunkan harga kepada RM5 di mana air tersebut dijual tanpa ais krim serta buah-buahan segar," katanya.
Menurut dia yang dibantu oleh dua pekerja, selepas penurunan harga tersebut pelanggan semakin bertambah namun ada segelintir yang merungut apabila tiada ais krim serta buah-buahan segar seperti strawberi, mangga tidak disertakan bersama.
Katanya, walaupun perniagaan tidak serancak awal Ramadan lalu, dia berharap dengan penurunan harga tersebut pelanggan akan menyokong jualannya.
"Saya sudah lakukan apa yang mereka (pelanggan) minta," katanya.
Nor Ain Afiqah berkata, pada tahun pertama perniagaan dia hanya menawarkan lima balang air sahaja kini mencecah 15 dan menu sentiasa bertukar sepanjang Ramadan.
Tambahnya, antara air yang dijual ialah susu karamel, buttercream cheese latte, redvelvet cream cheese, blue lemon, pelbagai jenis mojito, susu pisang, bluemint, koktail buah dan banyak lagi.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.