Didik anak-anak beradab, cintakan masjid sejak kecil

Iklan
IBU BAPA sepatutnya memainkan peranan ketika membawa anak-anak ke masjid dengan mengajar adab-adab di masjid. Foto Canva

"JIKA suatu masa kamu tidak lagi mendengar bunyi bising gelak tawa anak-anak di antara saf masjid, maka takutlah kejatuhan generasi akan datang.”

Demikianlah petikan kata-kata penakluk Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih mengenai peri pentingnya keberadaan kanak-kanak di masjid.

Iklan
Iklan

Pendakwah, Ustaz Mohd Syahid Mohd Zaini menjelaskan, kanak-kanak digalakkan untuk ke masjid mengikut ajaran Islam, selagi mana ia memberi manfaat dan mendidik mereka.

USTAZ MOHD SYAHID

Iklan

"Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mengenai pentingnya mendidik anak-anak dengan agama.

"Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan Baginda tidak pernah menghalang kanak-kanak untuk hadir ke masjid,” jelasnya kepada Sinar Islam Plus.

Iklan

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya aku dilarang untuk solat dalam keadaan orang yang sedang menangis (termasuk kanak-kanak). Namun jika mereka datang ke masjid, kita tidak boleh menghalangnya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Baginda menunjukkan kasih sayang kepada mereka termasuk di dalam masjid. Ini menunjukkan bahawa membawa anak-anak ke masjid adalah perkara yang digalakkan.

"Rasulullah SAW juga mengajar umatnya untuk mendidik anak-anak dengan ilmu agama sejak mereka kecil.

ANAK-ANAK yang sudah membiasakan diri dengan suasana ibadah di masjid akan sentiasa ingin hadir ke sana setiap kali waktu solat. Foto Canva

"Oleh itu membawa anak-anak ke masjid merupakan salah satu cara untuk mendekatkan mereka dengan suasana ibadah dan mengajarkan mereka adab-adab Islam,” hurainya panjang.

Di samping itu katanya, membawa anak-anak ke masjid turut membantu mereka memahami pentingnya tempat ibadah tersebut kepada kehidupan seorang Muslim.

Ibu bapa main peranan di masjid

Mengulas mengenai beberapa kejadian yang berlaku melibatkan kanak-kanak membuat bising dan mengganggu jemaah masjid, Ustaz Mohd Syahid menjelaskan, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan mereka ketika berada di masjid.

Antara peranan ibu bapa ketika membawa anak-anak ke masjid:

1 - Membiasakan diri anak-anak dengan suasana masjid yang harmoni dan saling menghormati selain mengajar adab-adab ketika berada di dalamnya.

2 - Menjadi contoh teladan kepada anak-anak apabila rajin ke masjid dan menjaga adab-adabnya.

4 - Mengajar anak-anak solat berjemaah dan kepentingannya serta hormat kepada imam dan jemaah lain.

5 - Memilih waktu yang sesuai untuk bawa anak-anak ke masjid. Untuk permulaan, bawa anak-anak ke masjid pada waktu yang lebih santai seperti Maghrib atau Isyak supaya mereka boleh belajar tanpa terlalu banyak gangguan lain.

Selain itu katanya, pihak masjid juga boleh memainkan peranannya melalui:

1 - Menyediakan ruang mesra kanak-kanak. Masjid boleh menyediakan ruangan khas untuk ibu bapa dan anak-anak kecil supaya mereka boleh solat dengan lebih selesa.

2 - Menganjurkan aktiviti mesra kanak-kanak. Program seperti kelas agama, kem motivasi dan sesi bercerita boleh menarik minat anak-anak untuk ke masjid.

4 - Memberikan pendidikan secara beransur-ansur. Pihak masjid boleh mengingatkan anak-anak dengan cara yang baik jika mereka membuat bising dan bukannya menghalau mereka keluar mahupun bersikap keras terhadap mereka.

KANAK-KANAK yang sudah memahami adab-adab di masjid dan ketika solat, boleh diletakkan bersama saf orang dewasa. Foto Canva

Saf kanak-kanak dan dewasa

Menjawab soalan berkaitan saf kanak-kanak di dalam masjid, Ustaz Mohd Syahid menjelaskan, masing-masing ada kebaikan dan keburukan apabila diasingkan saf kanak-kanak dan orang dewasa.

"Namun cadangan saya adalah yang pertengahan,” jelasnya.

Sebagai jalan tengah, pendekatan berikut boleh dilaksanakan:

1 - Galakkan kanak-kanak solat bersama ibu bapa atau orang dewasa. Ibu atau ayah boleh memegang tangan anak dan memastikan mereka solat dengan betul dalam saf biasa.

3 - Pihak masjid perlu bertolak ansur. Jika ada kanak-kanak yang membuat bising, nasihatlah mereka dengan hikmah, bukannya dengan cara kasar yang boleh membuatkan mereka takut untuk ke masjid.

MASJID boleh menjadi tempat untuk anak-anak berjumpa dengan rakan baru sekali gus mencipta perasaan sentiasa ingin hadir ke masjid. Foto Canva

Bayi turut digalakkan dibawa ke masjid

Bagaimanapun, ibu bapa perlu mempertimbangkan beberapa perkara:

1 - Tidak mengganggu jemaah lain

2 - Menjaga kebersihan

Pastikan bayi memakai lampin yang bersih dan jika ada kemungkinan najis bayi terkena lantai masjid, segera bersihkannya.

3 - Mendidik sejak kecil

Membawa bayi ke masjid boleh membantu mereka membiasakan diri dengan suasana ibadah dan membentuk kecintaan kepada rumah ALLAH sejak kecil.

4 - Menghormati keadaan masjid

Jika masjid mempunyai ruangan khas untuk ibu bapa dengan anak kecil, lebih baik gunakan ruang tersebut bagi mengelakkan gangguan kepada jemaah lain.