Meneladani sunnah Rasulullah SAW dalam kepimpinan korporat

Iklan
KEPIMPINAN berteraskan kasih sayang akan membawa keberkatan dalam organisasi. Foto Canva/Gambar kecil: DR WAN HAMIZA

"SEBURUK-BURUK pemimpin adalah mereka yang ditakuti rakyatnya dan sebaik-baik pemimpin adalah mereka yang dicintai rakyatnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis mulia ini, yang dipetik daripada Sunan Abu Daud, jelas membandingkan dua jenis kepimpinan yang berbeza iaitu kepimpinan yang berlandaskan ketakutan dan kasih sayang.

Iklan
Iklan

Dalam konteks korporat masa kini, hadis ini memberikan panduan yang sangat relevan dan berharga.

Kepimpinan yang membawa berkat

Iklan

Antara ciri-ciri kepimpinan yang membawa keberkatan:

1 – Komunikasi terbuka

Iklan

Pemimpin perlu mewujudkan saluran komunikasi yang terbuka dan telus, agar pekerja merasa selesa untuk berkongsi pandangan mereka tanpa rasa gentar.

2 – Pengiktirafan dan penghargaan

Pemimpin yang menghargai sumbangan pekerja secara langsung membina rasa hormat dalam organisasi. Pengiktirafan boleh diberikan secara pujian, ganjaran atau peluang untuk berkembang.

PEMIMPIN yang menghargai sumbangan pekerja secara langsung membina rasa hormat dalam organisasi. Foto Canva

3 – Pembangunan diri

Pemimpin yang baik sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dan menjadi contoh yang baik bagi pekerja. Mereka perlu melabur dalam pembangunan pekerja serta memberikan mereka peluang untuk belajar dan berkembang.

4 – Keadilan dan kesaksamaan

Setiap pekerja perlu dilayan secara adil tanpa mengira pangkat, bangsa, atau agama. Ini termasuklah dalam pemberian gaji, peluang kenaikan pangkat dan tanggungjawab kerja.

Pekerja yang merasa dihargai akan lebih tekun untuk memberikan yang terbaik. Mereka akan berani mengambil risiko, berkongsi idea-idea baharu, dan bekerjasama untuk mencapai matlamat syarikat.

Kepimpinan yang membinasakan

Sebaliknya kepimpinan yang berteraskan ketakutan akan membawa kesan negatif yang mendalam.

SETIAP pekerja perlu dilayan secara adil termasuklah dalam pemberian gaji, peluang kenaikan pangkat dan tanggungjawab kerja.

Sebagai kesimpulan, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, kepimpinan yang membina hubungan positif dan kepercayaan sesama sendiri akan membawa kejayaan yang berkekalan dan bermakna.

Marilah kita meneladani sunnah kepimpinan baginda ke arah membina organisasi yang berjaya dan diberkati.

***DR WAN HAMIZA WAN MUHD ZIN merupakan Timbalan Pengarah Pendidikan Eksekutif di Asia School of Business