Soalan
Satu posting tular di media sosial menyatakan tarikh hari kiamat jatuh pada November tahun ini seperti didakwa seorang saintis di negara barat. Bagaimanakah kita mahu melawan dakwaan seperti ini?
Jawapan
Benar terdapat dakwaan seorang saintis dan ahli fizik di sebuah univeristi di negara barat yang menyatakan kiamat akan jatuh pada 13 November 2026 berdasarkan kajian dan kiraan yang dibuatnya.
Perkara ini telah lama diterbitkan dalam jurnal Sains pada tahun 1960 dan dia menyatakan tahun 2026 merupakan titik pengakhiran buat umat manusia.
Bagaimanapun dalam jurnal tersebut tidak dinyatakan tarikh yang tepat dan 13 November pula sebenarnya ialah tarikh lahir saintis tersebut.
Ini kerana kita tidak disuruh oleh agama untuk mencari tarikh kiamat tersebut. ALLAH SWT berfirman: “Mereka bertanya kepada kamu tentang hari kiamat: 'Bilakah masa datangnya?' Katakanlah: 'Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan DIA. Ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut'.” (Surah al-A’raf: 187)
Tugas kita bukanlah untuk mencari tarikh hari kiamat, sebaliknya membuat persiapan sebaik-baiknya untuk menghadapi hari tersebut.
Perbanyakkan amal soleh seperti menjaga silaturahim, sedekah, taubat atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini dan pelbagai lagi amalan lain.