Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'

Iklan
Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'.

WASHINGTON - Platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter mengalami gangguan di seluruh dunia pada Isnin, akibat serangan siber dengan pemiliknya, jutawan teknologi Elon Musk mendakwa ia sebagai serangan berskala besar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Terdapat (dan masih berlaku) serangan siber besar-besaran terhadap X.

Iklan
Iklan

"Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar. Sama ada kumpulan terancang berskala besar atau ada negara terlibat. Masih dalam proses pengesanan...” kata Musk dalam satu hantaran di platform itu.

Gangguan mula dilaporkan sekitar jam 5.30 pagi waktu Timur (0930 GMT), dengan X berjaya memulihkan perkhidmatannya untuk kebanyakan pengguna dalam masa sejam.

Iklan

Namun, gangguan kembali meningkat kira-kira tiga jam kemudian, menurut laman pengesan gangguan DownDetector.

X terus dilanda pelbagai masalah, termasuk halaman yang gagal dimuat.

Iklan

Punca serangan siber masih belum diketahui. - Bernama/Anadolu