PM sekali lagi tepis dakwaan Akta PSB pinggirkan Bumiputera

Iklan
Tangkap layar jurucakap PMO ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang dilaksanakan pada Isnin.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) tidak akan menafikan hak atau mengubah peratusan pemilikan Bumiputera di sesuatu kawasan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, dakwaan undang-undang tersebut akan meminggirkan masyarakat Melayu Bumiputera adalah tidak berasas.

Iklan
Iklan

"Undang-undang PSB yang akan dibawa ke Parlimen kelak tidak akan memaksa mana-mana pemilik rumah atau tanah untuk diusir.

"Termasuklah mengubah peratusan pemilikan Bumiputera di mana-mana kawasan,” katanya pada Isnin.

Iklan

Menurut jurucakap itu, matlamat utama akta berkenaan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar termasuk kaum Melayu dengan memastikan pembangunan lebih teratur dan mampan.

Terdahulu, beberapa pihak telah membangkitkan kebimbangan terhadap akta tersebut akan menyebabkan masyarakat Melayu semakin terpinggir akibat arus pemodenan bandar.

Iklan

Terdapat juga kegusaran bahawa pembangunan semula ini akan menyebabkan pemilik asal dipindahkan atau dipaksa menjual hartanah mereka kepada pemaju sekali gus mengubah struktur demografi sesuatu kawasan.