Johor tanggung kos perubatan dua pelajar terlibat nahas di Jordan
Iklan
Mohd Fared (tengah) dalam sidang akhbar selepas taklimat pembasmian miskin tegar di Bangunan Dato Jaafar Muhammad pada Isnin.
ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor bersetuju menanggung kos perubatan dua pelajar Universiti Mu’tah, Jordan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara terbabit pada Sabtu.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, dua daripada pelajar terbabit berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul di universiti berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan namun masih trauma.
"Kos perubatan mereka sebanyak RM4,424.59 akan ditanggung Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kita dimaklumkan juga kedua-dua pelajar ini merupakan pelajar persendirian.
Iklan
"Kedua-dua pelajar terbabit masih berada di Hospital Al-Karak Jordan. Muhammad Zaqwan dijangka keluar dari hospital hari ini (Isnin). Namun Muhammad Ilham masih menggunakan pembalut leher dan dalam pemantauan hospital," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhar selepas taklimat pembasmian miskin tegar di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini pada Isnin.
Iklan
Mohd Fared turut memberitahu kemalangan membabitkan dua pelajar terbabit bersama pelajar dari Selangor dan Wilayah Persekutuan itu tidak melibatkan kenderaan lain ketika kejadian.
Pada Ahad, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ) memantau rapat keadaan empat pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di negara itu, Jumaat lalu.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau dimaklumkan tiga daripada mereka berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi masih memerlukan perhatian rapi pihak hospital.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.