APM tambah syif, pantau 73 'hotspot' di seluruh negara

Iklan
APM menambah waktu kerja syif bagi melaksanakan 73 penugasan omnipresence di kawasan hotspot sepanjang bulan Ramadan di seluruh negara. Foto fail

KAJANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menambah waktu kerja syif bagi melaksanakan 73 penugasan omnipresence di kawasan hotspot sepanjang bulan Ramadan di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, kawasan hotspot merangkumi bazar Ramadan, lokasi berbuka puasa, pusat beli-belah serta masjid dan surau.

Iklan
Iklan

"APM antara lima agensi yang terlibat bagi panggilan kecemasan MERS 999. Oleh itu, anggota kita asalnya akan ada tiga syif pada setiap hari.

"Namun pada bulan Ramadan ini, kita tambah kepada empat syif kerana penugasan di minimum 73 kawasan hotspot melibatkan kawasan dikunjungi ramai seperti di tepi pantai, pusat beli-belah serta padang. Ini bagi membolehkan kita memberi respons awal kepada kes-kes kecil seperti pitam atau tergelincir,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Peluncuran Bulan Pertahanan Awam dan perasmian ‘Wacana Nasional: Struktur dan Hala Tuju Kesukarelawanan Malaysia’ yang dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Institut Semarak Felda di sini hari ini.

Aminurrahim berkata, pergerakan anggota APM di kawasan hotspot sekurang-kurangnya dua anggota dan perlu membawa peti pertolongan cemas kerana sasaran utama adalah kes-kes berkaitan kesihatan. - Bernama

Iklan