Dua anggota polis dapat bekalan dadah dari luar pusat hiburan

Iklan
Sulizmie Affendy.

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis yang ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah premis pusat hiburan di Pudu, di sini, pada Sabtu telah dibebaskan dengan jaminan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, anggota polis lelaki dan wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat reman sehari.

Iklan
Iklan

"Anggota polis lelaki berkenaan didapati positif dadah methamphetamine, amphetamine, ketamin dan benzo, manakala bagi anggota wanita didapati positif dadah benzo.

"Siasatan mendapati bekalan dadah diambil dari luar premis. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, media melaporkan, dua anggota polis itu antara 55 individu, termasuk empat warga asing yang dicekup dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Serbuan yang bermula pada jam 4 petang itu dilakukan hasil risikan dan maklumat, dengan pemeriksaan mendapati anggota polis lelaki dan wanita berkenaan positif dadah Eramin 5 dan ketamin.

Iklan

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad dilaporkan berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 49 individu membabitkan 25 lelaki dan 17 wanita positif dadah, termasuk penjawat awam itu.

Siiasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta Hiburan 1992, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1953 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953.