Kumpul periuk tembaga pelihara warisan Melayu
Iklan
Mohd Khairullah menunjukkan belanga dan kuali tembaga yang dikumpulnya.
KOTA BHARU – Demi memastikan warisan peralatan memasak tradisional tidak ditelan zaman, seorang belia dari Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan di sini, tekad mengumpul dan menjual kuali serta belanga tembaga yang semakin sukar didapati di pasaran.
Mohd Khairullah Ahmad Shabastian, 39, berkata, minatnya terhadap barangan tembaga timbul secara semula jadi, meskipun keluarganya memiliki sejarah dalam pertukangan tradisional.
Iklan
Iklan
"Saya merupakan generasi ketiga dalam keluarga yang menghargai seni pembuatan logam.
"Datuk saudara saya, Tok Su, adalah seorang pembuat keris, tetapi saya lebih cenderung kepada pengumpulan dan jualan kuali serta belanga tembaga kerana nilai estetik dan fungsinya,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
"Sayang jika warisan ini tidak dijaga.
"Kalau tidak diperkenalkan kepada generasi muda, mereka mungkin tidak tahu kewujudannya dan akhirnya lenyap begitu sahaja,” katanya.
Iklan
Sejak mula berkecimpung dalam dunia pengumpulan dan jualan tembaga pada 2012, Mohd Khairullah berjaya menjual 10 unit barangan itu dengan harga serendah RM350 hingga RM1,000 sebuah.
"Pernah saya menjual kuali tembaga pada harga RM2,800, bergantung kepada berat, lebar diameter, serta ketelitian pembuatannya,” katanya.
Sudu, garfu dan senduk tembaga juga antara barangan sukar didapati sekarang.
Selain mengumpul koleksi tempatan dari Kelantan dan Terengganu, dia turut memiliki kuali tembaga dari Indonesia, Thailand serta Kemboja yang mempunyai ukiran unik selain bentuk berbeza.
Meskipun teknologi moden menawarkan pelbagai peralatan memasak yang lebih ringan dan murah, ada yang masih menggunakan kuali atau belanga tembaga kerana dipercayai makanan yang dimasak di dalamnya lebih lambat basi.
"Ada yang masih menggunakannya untuk memasak kerana mereka yakin kuali dan belanga tembaga mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mengekalkan kesegaran makanan,” katanya.
Bagaimanapun, kuali tembaga memerlukan penjagaan khas kerana boleh rosak akibat api yang terlalu kuat.
"Proses mencuci kuali ini mengambil masa.
"Saya menggunakan asam jawa, minyak khas dan garam dari Melaka untuk mengeluarkan kotoran dengan lebih berkesan,” jelasnya.
Tambahnya, selain kuali, beliau juga mengumpul senduk, sudu, garfu tembaga dan manuskrip kitab-kitab lama yang mempunyai nilai sejarah tinggi.
Melihat kepada keunikan dan kelebihan kuali tembaga, Mohd Khairullah berharap lebih ramai akan sedar tentang kepentingan memelihara warisan peralatan memasak tradisional Melayu.
"Jika kita tidak menjaga dan mengekalkannya, siapa lagi yang akan lakukan?
"Ini sebahagian daripada identiti kita sebagai orang Melayu,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>