Inspirasi filem Mamat Khalid tarikan di Pesta Moreh Rhu Berderu

Iklan
Suasana moreh pesta moreh di Laman Pokok Rhu berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sura di Jalan Pantai

DUNGUN - Keunikan konsep santai dan unik yang diinspirasikan melalui filem-filem pengarah Allahyarham Mamat Khalid antara tarikan di Pesta Moreh Rhu Berderu 2.0 dekat sini sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Koperasi Majlis Perbandaran Dungun Berhad (Kopedu), Ahmad Tarmizi Ghazali menyatakan filem arahan Allahyarham seperti Man Laksa dan Hantu Kak Limah menjadi inspirasi bagi mewujudkan suasana kampung, nama gerai jualan dan gaya dekorasi sepanjang berlangsungnya pesta moreh berkenaan di Laman Pokok Rhu berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sura di Jalan Pantai di sini.

Iklan
Iklan

Suasana pesta moreh yang diinspirasikan melalui filem-filem pengarah Allahyarham Mamat Khalid an

Beliau berkata, usaha itu mencerminkan kehidupan masyarakat desa yang harmoni serta penuh jenaka di pesta berkenaan bersesuaian dengan filem Allahyarham Mamat Khalid yang kerap memaparkan mesej perpaduan dalam karyanya.

Iklan

"Jadi gerai-gerai di sini dihias dengan konsep warung kampung dan ia ditambah pula dengan elemen tradisional yang mengingatkan kita kepada filem-filem Allahyarham,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pesta Moreh Kampung Rhu Bederu 2.0 di sini baru-baru ini.

Iklan

Majlis perasmian itu turut disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris.

Razali (tengah) turut menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Moreh Kampung Rhu Bederu 2.0

Sementara itu, Razali berkata, pihaknya menyambut baik usaha berkenaan kerana ia bukan sahaja mempromosikan keindahan Kampung Sura Tengah malah menjadikan pesta itu sebagai produk pelancongan yang unik di Terengganu.

"Saya mencadangkan supaya kawasan ini diwartakan sebagai destinasi pelancongan baharu di Dungun kerana ia bukan sahaja menarik pada bulan Ramadan tetapi berpotensi menjadi tarikan sepanjang tahun jika program seperti ini diteruskan,” jelas beliau.

Menurut Razali, sebanyak 60 gerai menyertai pesta itu dengan menawarkan pelbagai juadah moreh dan makanan tempatan termasuk laksa, kuih tradisional dan pelbagai jenis minuman popular.