Lebih ​10 individu dikompaun tinggalkan sampah merata-rata lepas berbuka
Iklan
Wan Sukairi (tengah) beramah mesra bersama pengunjung Program Selepek Sahur di tapak Payang Walk, Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu pada Jumaat.
KUALA TERENGGANU - Seramai 10 individu dikenakan tindakan kompaun serta-merta oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) gara-gara membuang sampah dan sisa makanan merata-rata selepas berbuka puasa.
​Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tindakan tegas itu diambil selepas kesemua individu terbabit dikesan meninggalkan sisa makanan di kawasan padang oleh pegawai penguat kuasa yang melakukan penyamaran.
Iklan
Iklan
​Menurutnya, setiap individu dikenakan kompaun sebanyak RM20 bagi memastikan kebersihan di kawasan tumpuan awam terus terjaga sepanjang bulan Ramadan.
​"Kita telah menempatkan pegawai dan anggota penguat kuasa secara penyamaran di lokasi tumpuan orang ramai berbuka puasa bagi memantau individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Iklan
​"Sehingga kini, lebih 10 individu dikesan melonggokkan sampah di tepi dan atas padang, sekali gus dikenakan tindakan serta-merta," katanya.
Wan Sukairi (dua dari kanan) merasmikan Program Selepek Sahur di tapak Payang Walk, Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu pada Jumaat.
Iklan
​Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Selepek Sahur di tapak Payang Walk, Dataran Shah Bandar di sini pada Jumaat.
​Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Datuk Lizan Che Mat dan Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Terengganu, Mazshidal Roslal.
​Mengulas lanjut, Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam menzahirkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pihak yang membiarkan sampah melonggok sehingga mencetuskan bau busuk.
​Tegasnya, MBKT sebenarnya telah menyediakan kemudahan tong sampah yang mencukupi di lokasi-lokasi tumpuan awam termasuk di Dataran Shah Bandar.
​"MBKT sudah menyediakan tempat berbuka puasa berkeluarga dan pelbagai kemudahan lain. Justeru, masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek kebersihan.
​"Orang ramai diminta mencontohi budaya masyarakat di negara maju yang sanggup menyimpan sampah di dalam kenderaan terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan," ujarnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>