Dalam usaha memastikan sekuriti makanan negara kekal kukuh dan mampan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Nexus Produktiviti Agro-Makanan (AFPN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) serta sokongan sektor awam dan swasta telah mengambil langkah strategik untuk mempercepatkan proses kelulusan peralihan penternak kepada sistem ternakan ayam tertutup.
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti industri tetapi juga memastikan kesejahteraan komuniti setempat dengan mengurangkan impak negatif daripada sistem penternakan terbuka tradisional.
Kerjasama awam-swasta dalam sektor agromakanan ini selaras dengan data Laporan World Competitiveness Ranking (WCR) 2024 serta Dasar Agro-Makanan Negara 2030 (DAN 2.0) yang menekankan kepentingan transformasi digital, inovasi teknologi serta kecekapan persekitaran perniagaan sebagai pemacu daya saing negara.
Malaysia perlu bergerak ke arah sistem yang lebih bersepadu dan cekap bagi mengukuhkan daya tahan industri makanan dalam jangka panjang.
Transformasi industri melalui teknologi dan inovasi Sistem ternakan ayam tertutup menawarkan persekitaran terkawal yang mengurangkan risiko penyakit, meningkatkan tahap kebersihan, serta memastikan pengeluaran ayam yang lebih stabil dan berkualiti.
Teknologi ini juga mempercepatkan penggunaan data pintar serta automasi menjadikan industri lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Champion Nexus Produktiviti AgroMakanan, Datuk Ar Ezumi Harzani Ismail berkata, sistem ternakan ayam tertutup berasaskan teknologi digital dapat meningkatkan produktiviti dengan menawarkan persekitaran terkawal yang didukung oleh sensor pintar dan automasi.
"Teknologi pada masa kini membantu mengurangkan risiko penyakit, meningkatkan kebersihan serta memastikan pengeluaran ayam yang lebih stabil dan berkualiti,” katanya menerusi satu kenyataan.
Penggunaan analitik data semasa dan Internet Pelbagai Benda (IoT) juga membolehkan kawalan pemakanan dan pemantauan persekitaran secara berterusan bagi mengoptimumkan sumber makanan ternakan, tenaga elektrik, air dan tenaga kerja yang dapat mengurangkan kos operasi.

EZUMI