Eda Ezrin, keluarga menangis berpelukan

Iklan
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, serta ahli keluarga menangis sebaik sahaja Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan dia bersama suami dan empat rakan terlepas daripada hukuman penjara.

NARATHIWAT, THAILAND - Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, serta ahli keluarga menangis sebaik sahaja Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan dia bersama suami dan empat rakan terlepas daripada hukuman penjara.

Kesemua ahli keluarga yang hadir masing-masing berpelukan dan menangis tanda syukur di atas pembebasan tersebut.

Iklan
Iklan

Eda Ezrin, suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu.

Sebelum itu sepanjang berada di dalam mahkamah semasa hakim membacakan penghujahan kelihatan mulut Eda Ezrin tidak berhenti berzikir dan berdoa untuk dibebaskan.

Iklan

Begitu juga dengan ahli keluarga yang menunggu keputusan dengan penuh debaran walaupun tidak memahami apa yang diperkatakan kerana sepanjang prosiding di mahkamah menggunakan bahasa Thailand.

Seorang penterjemah berada di hadapan keenam-enam tertuduh memainkan peranan menterjemah kembali apa yang dihujahkan oleh hakim.

Iklan

Salah seorang daripada peguam keenam-enam tertuduh, Sufian Abdul Aziz ketika ditemui pemberita berkata, Eda Ezrin, suami dan empat rakannya dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda

Katanya, bagaimanapun, pihak pendakwaan boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan.

"Buat masa ini, keenam-enam anak guam saya masih belum boleh dibenarkan untuk keluar dan perlu berada di dalam penjara sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan rayuan.

"Jika tiada rayuan, mereka akan dibenarkan pulang,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Eda Ezrin, suami dan empat rakannya didakwa atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada 14 Januari lalu.

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah, namun tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat sini.

Semasa prosiding perbicaraan pada 14 Februari lalu, Eda Ezrin memberi keterangan dengan bantuan jurubahasa bahawa terdapat empat individu dikenali sebagai Nabila, Mek Jue, Mek Da dan Sirik masuk ke dalam biliknya sebelum polis melakukan serbuan.