'Jangan besar-besarkan isu DJ Era' - Pempengaruh India

Iklan
Sambasivan (kiri), Pengguna TikTok yang menggunakan nama Farmasi Everlife

KUALA LUMPUR - Video kontroversi yang tular di media sosial membabitkan tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersenda satu perayaan agama baru-baru ini mendapat perhatian ramai pihak.

Pempengaruh media sosial, SK Sambasivan tampil mempertahankan individu yang terlibat dalam isu tarian itu.

Iklan
Iklan

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, beliau menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh penyampai berkenaan bukan isu besar.

"Saya bangga melihat rakan-rakan kita yang beragama Islam, Melayu, menari dengan baik. Itu bukan satu masalah. Kenapa setiap perkara mesti dikaitkan dengan sensitiviti agama? Malaysia ini negara majmuk," ujarnya.

Iklan

Sambasivan turut menjelaskan bahawa ungkapan ‘vel vel ‘ yang digunakan dalam video tersebut hanyalah simbol manusia dan tidak mempunyai sebarang maksud negatif seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

"Kita patut didik bangsa beragama Hindu dulu sebelum memperbetulkan diri orang lain,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu seorang lagi pempengaruh wanita berbangsa India yang menggunakan nama Farmasieverlife di TikTok, turut mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang cepat menghukum tanpa memahami amalan sebenar ketika perayaan berlangsung.

"Kalau nak salahkan orang lain, betulkan diri kita dahulu. Betulkah apa yang kita lakukan di Thaipusam itu?" soalnya.

Jelasnya, elemen tarian dan muzik rancak sememangnya sebahagian daripada perayaan Thaipusam.

Pada Selasa, media tempatan melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap kakitangan Era FM berkaitan video tular didakwa mempersenda upacara agama lain di media sosial.

Berdasarkan laporan dibuat pengadu, beberapa individu daripada radio terbabit didakwa bersorak perkataan ‘Vel Vel’ manakala seorang lelaki sedang menari.

Sebelum itu, tular video mendakwa penyampai radio bagi segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir memohon maaf atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu.

Selain memohon maaf, pengurusan stesen radio terbabit turut menggantung tugas tiga pengacara radio berkenaan sehingga siasatan selesai.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai kes terbabit.