Makkah lancar projek AI belajar al-Quran

Iklan
Projek itu bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam minda pelajar al-Quran di Masjidil Haram di Makkah. - Foto Agensi

MAKKAH - Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdulrahman al-Sudais melancarkan projek dijanakan teknologi kecerdasan buatan (AI), al-Maqraa di Makkah yang menawarkan pembelajaran al-Quran dalam 10 bahasa.

Menurutnya, al-Maqraa merupakan platform tersedia secara global yang mengintegrasikan kaedah moden, metodologi ketat dan teknologi AI.

Iklan
Iklan

Platform tersebut yang merupakan salah satu inisiatif pengayaan strategik Presiden paling penting yang merangkumi ajaran Rasulullah juga menyediakan kursus tilawah, tajwid dan hafazan di bawah pengawasan guru berkelayakan.

Ia dilengkapi sistem pentadbiran patuh syariah untuk laporan analisis terperinci, persekitaran pembelajaran yang merangsang, pendaftaran fleksibel dan sistem pensijilan bertauliah.

Iklan
Iklan

"Projek itu bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam minda pelajar al-Quran di Masjidil Haram di Makkah,” lapor media tempatan. - Agensi