Baribada - Seorang lelaki berusia 40 tahun di daerah Mayurbhanj, Odisha, India bertindak kejam apabila memenggal kepala bapanya selepas permintaan untuk mendapatkan Rs 10 (kira-kira RM0.50) bagi membeli 'gutkha' (sejenis produk tembakau) tidak diendahkan.
Menurut pegawai kanan polis, suspek kemudian berjalan ke Balai Polis Chandua sambil membawa kepala bapanya yang dipenggal untuk menyerah diri.
"Suspek memenggal kepala bapanya yang berusia 70 tahun menggunakan senjata tajam selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
"Ibunya pula melarikan diri dari tempat kejadian kerana ketakutan," katanya.
Mangsa dikenali sebagai Baidhar Singh.
Menurut Pegawai Kanan Polis (SDPO) Baripada, Pravat Mallick, kejadian itu berpunca daripada perkara remeh.
"Suspek menjadi marah apabila bapanya enggan memberikan Rs 10 untuk membeli 'gutkha'. Ini membawa kepada pertengkaran yang berakhir dengan tragedi,"jelasnya.
Polis bersama pasukan forensik telah tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
Kes tersebut kini disiasat di bawah kesalahan membunuh dan suspek ditahan untuk tindakan lanjut. - Agensi