Sampai masa segerakan akta pendanaan politik

Iklan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki (tiga,kiri) ketika sidang media khas berhubung kes bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin. Foto Bernama

NEGARA sekali lagi dikejutkan dengan siasatan berprofil tinggi yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam sejarah negara, perdana menteri yang pertama didakwa dimahkamah dan dijatuhkan hukuman ialah Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan kini beliau sedang berdepan dengan satu lagi kes iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Iklan
Iklan

Perdana menteri kedua yang sedang berdepan dengan kes dimahkamah ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa atas enam pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM427.5 juta.

Walaupun ada banyak spekulasi yang ditimbulkan namun pada masa ini biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan dan pada akhirnya ditentukan oleh mahkamah bagi menentukan sama ada mereka bersalah atau sebaliknya.

Iklan

Namun untuk membolehkan Malaysia bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi dan matang dari segi politik dan sosial, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan.

Satu daripada perkara penting itu ialah tentang keperluan untuk melaksanakan segera Akta Pendanaan Politik yang bertujuan untuk meningkatkan integriti parti politik di negara ini.

Iklan

Ini membolehkan persepsi dunia politik kotor dan penuh muslihat, sekurang-kurangnya dapat dibersihkan dengan kewujudan akta tersebut.

Antara contoh yang boleh diambil ialah seperti di Jerman, yang memberikan peruntukan awam kepada parti politik berdasarkan sokongan yang diterima dalam pilihan raya.

Parti yang memperoleh lebih daripada satu peratus undi popular layak menerima pembiayaan kerajaan.

Selain itu, sumbangan individu kepada parti juga disokong oleh sumbangan tambahan daripada kerajaan untuk menggalakkan penglibatan orang ramai dalam politik dan mengurangkan kebergantungan kepada sumbangan korporat besar.

Di Amerika Syarikat, undang-undang yang menetapkan bahawa sumbangan dana politik perlu telus dan bebas daripada salah laku.

Sementara di United Kingdom, sumbangan kepada parti politik dihadkan kepada £500, dan pembiayaan mesti berasal dari dalam negara. Terdapat prosedur tertentu yang perlu diikuti jika sumbangan diterima dari luar negara.

Sehubungan itu, kita berharap agar kerajaan dapat mengambil langkah segera untuk mewujudkan akta tersebut demi kebaikan semua pihak.