Gempar buaya muncul di Sungai Kampung Buruk

Iklan
Mohd Azril Hafiz menunjukkan penemuan buaya di Sungai Kampung Buruk

SETIU - Penduduk di Kampung Buruk di sini gempar apabila seekor buaya muncul di permukaan sungai di kampung tersebut sejak petang Isnin.

Kejadian itu sempat dirakamkan penduduk kampung yang menyedari reptilia tersebut berada di sungai berkenaan.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk, Mohd Azril Hafiz Zakaria, 38, berkata, reptilia tersebut dilihat timbul di permukaan sungai kira-kira jam 1 petang.

"Kebetulan saya melalui kawasan berkenaan dan melihat buaya itu muncul di permukaan sungai.

Iklan

"Sebelum ini, saya ada dengar khabar angin menyatakan ada buaya di sungai tersebut tetapi haiwan itu tidak pernah munculkan diri.

"Jadi semalam ketika melalui kawasan itu, saya ternampak buaya tersebut timbul dan kembali menyelam selepas melihat orang lalu-lalang," katanya ketika ditemui di Kampung Buruk di sini pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Azril Hafiz berkata, lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan kaki pancing serta orang kampung yang menjalankan aktiviti menangkap ikan.

"Amat membimbangkan jika ada individu yang datang ke sungai ini tetapi tidak mengetahui kewujudan buaya itu.

"Jadi orang ramai diminta lebih berwaspada setiap kali melakukan aktiviti di sungai memandangkan terdapat wujudnya buaya di kawasan ini," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong menyatakan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan tindakan sewajarnya akan dilakukan berhubung perkara tersebut.

"Kita nasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik video mahupun gambar melibatkanreptilia itu di media sosial.

"Kita minta segera melaporkannya terus kepada pihak Perhilitan jika menemukan buaya berkenaan bagi tindakan lanjut," jelasnya.