Ahli Parlimen Langkawi cadangkan anjing liar ditempatkan di pulau khas

Iklan
Mohd Suhaimi bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan agar satu pulau khas dikhususkan untuk menempatkan anjing liar kerana haiwan itu kini memberikan ancaman kepada penduduk dan pelancongan.

Menurutnya, masalah anjing yang berkeliaran di Langkawi telah dibawa sejak Mac dua tahun lalu namun tiada penyelesaian yang menyeluruh.

Iklan
Iklan

"Pada September 2023, saya sekali lagi membawa isu ini ke dalam dewan dengan memaklumkan bahawa anjing liar ini hampir setiap minggu menggigit pelancong. Tetapi laporan kes-kes ini tidak diperbesarkan kerana mahu menjaga reputasi Langkawi sebagai pusat pelancongan

"Saya mencadangkan agar satu pulau khas dikhususkan untuk anjing-anjing ini yang mana ia boleh dijaga dengan kerjasama NGO dan pihak berkuasa tempatan.

Iklan

"Pulau ini juga boleh menempatkan pelbagai fasiliti veterinar untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan tersebut yang mana ia boleh dikunjungi pencinta haiwan sebagai satu tarikan di Langkawi," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.

Cadangan itu disuarakan kejadian kanak-kanak berusia 4 tahun yang parah diserang seekor anjing di Kampung Dedek Langkawi pada 1 Mac lalu.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Suhaimi berkata, data daripada laporan polis menunjukkan 20 kes gigitan anjing antara 2020 hingga 2023, manakala Data Kes Notifikasi Gigitan Anjing Liar dan Haiwan Liar Jabatan Kesihatan menunjukkan 16 serangan anjing liar antara 2020 hingga 2023.

"Pada 2022, sebanyak 455 ekor anjing telah ditangkap pada 2022 dan 440 ekor ditangkap pada 2023. Namun ada anjing-anjing yang diserahkan kepada NGO berkaitan telah dilepaskan semula," katanya.