PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menunjukkan kemahiran di dapur dengan memasak telur dadar, kari kambing dan juga roti Arab ketika menyantuni 108 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Balai Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Menerusi kenyataan, Kor Ming berkata, Program Singgah Sahur yang bermula jam 5 pagi Selasa sebagai tanda penghargaan dan solidariti kerajaan bersama pasukan wira merah seluruh negara.