Kertas siasatan kes wartawan terima rasuah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya

Iklan
Azam. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

PUTRAJAYA - Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita tempatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan wartawan itu dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 susulan pengadu mendakwa wartawan itu telah meminta sejumlah wang.

Iklan
Iklan

"Dalam hal ini, bila permintaan wang telah dibuat walaupun oleh seorang wartawan yang pada syak kita permintaan itu adalah berkaitan sesuatu perkara iaitu tidak menerbitkan suatu artikel," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Isnin.

Tambah Azam, pengadu dalam kes terbabit dipaksa untuk membayar wang.

Iklan

Jelasnya, maka ia satu kesalahan rasuah dan kesalahan ini bukan hanya tertakluk kepada penjawat awam ataupun ahli politik.

Tegas Azam, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pegawai penyiasat termasuk keperluan lanjutan reman terhadap wartawan itu.

Iklan

"Siasatan juga telah dilaksanakan SPRM ke atas sindiket kemasukan pekerja asing seperti yang dilaporkan wartawan terbabit.

"Saya telah cakap banyak kali kepada pihak media bahawa kita sedang menyiasat beberapa isu kartel kemasukan pekerja asing negara ini," ujarnya.

Sebelum ini, seorang wartawan sebuah portal berita tempatan ditahan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 11 malam pada Jumaat, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai RM20,000 dipercayai sebagai balasan tidak melaporkan artikel berkaitan pekerja asing.

Penahanan wartawan lelaki itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, dan bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya.

Wartawan itu kemudian direman empat hari sehingga Selasa.