Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
RINGGIT inggit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin dalam dagangan berhati-hati menjelang pelaksanaan tarif import oleh kerajaan AS ke atas Kanada, Mexico dan China.
Iklan
Iklan
Tarif sebanyak 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico dijadualkan berkuat kuasa pada Selasa manakala tarif 10 peratus ke atas China dijangka dikuatkuasakan pada 4 Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) keseluruhan dan teras, yang merupakan ukuran inflasi pilihan Rizab Persekutuan (Fed), masing-masing susut kepada 2.5 peratus dan 2.6 peratus pada Januari 2025, menunjukkan dasar monetari yang ketat adalah perlu untuk mengawal risiko inflasi yang tinggi.
Iklan
"Selain itu, Fed dijangka mengekalkan kadar faedah pada paras stabil sehingga mereka yakin bahawa kadar inflasi akan bergerak ke arah sasaran dua peratus,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Iklan
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9564/9605 daripada 2.9682/9717 pada Jumaat lepas, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.6185/6255 daripada 5.6174/6237 dan susut berbanding euro kepada 4.6423/6481 daripada 4.6362/6414 sebelum ini.
Sebaliknya, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3036/3081 daripada 3.3069/3108 pada Jumaat lepas, naik berbanding baht Thailand kepada 13.0242/0498 daripada 13.0455/0670 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 268.6/269.1 daripada 268.7/269.1.
Bagaimanapun, ringgit mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.70. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>