Mydin Mart fokus kawasan luar bandar, bakal buka 20 cawangan

Iklan
Ameer (empat, kiri) bersama Ahmad Fadhli (tiga, kanan) semasa pembukaan cawangan baharu Mydin Mart di Pasir Mas pada Khamis.

[DIKEMAS KINI] MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) meneruskan strategi mengembangkan perniagaan apabila merancang untuk pembukaan 20 cawangan Mydin Mart di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, ketika ini Mydin mempunyai 13 cawangan Mydin Mart bagi memenuhi keperluan pengguna di kawasan luar bandar.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, langkah tersebut sejajar dengan perubahan corak kehidupan masyarakat yang kini lebih gemar mendapatkan keperluan harian berhampiran tempat tinggal berbanding ke bandar.

Ameer (lima,kiri) bersama jemputan semasa pembukaan cawangan baharu Mydin Mart di Pasir Mas pada Khamis.

Iklan

"Setakat ini Mydin mempunyai 72 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk 29 Mydin Hypermarket, dengan lima daripadanya beroperasi di Kelantan.

“Tahun ini sahaja, Mydin merancang membuka lima lagi cawangan baharu di Kelantan, termasuk di Kuala Krai manakala dua hingga tiga lokasi lain masih dalam peringkat perancangan. Mydin Mart Pasir Mas adalah cawangan ke lima selepas Mydin Hypermarket di Tunjong, Kubang Kerian, Kota Bharu dan Rantau Panjang,” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu beliau hadir ke pembukaan cawangan baharu Mydin Mart di sini yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau menjelaskan, setiap pembukaan cawangan Mydin Mart berskala kecil memerlukan kos sekitar RM1.5 juta dan mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 30 hingga 35 orang penduduk setempat.

“Pembukaan cawangan ini bukan sahaja memudahkan penduduk luar bandar mendapatkan barangan keperluan harian, malah turut merangsang ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan aktiviti perniagaan,” katanya.

“Ramai penduduk kini menetap di luar bandar dan tidak lagi gemar ke bandar. Jadi kita buka cawangan kecil-kecilan yang memfokuskan pembelian barangan harian, selari dengan keperluan masyarakat setempat,” katanya.