Lelaki mental direman 7 hari, disyaki bunuh, bakar ibu

Iklan
Suspek (dua kanan) dibawa keluar dari lokap Mahkamah Alor Setar pada Isnin selepas mendapat perintah reman.

ALOR SETAR - Lelaki dipercayai mengamuk dan membakar ibunya di sebuah rumah di Jalan Tok Keling di sini, pada Ahad direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Mahkamah Majistret, di sini bermula hari ini sehingga 9 Mac.

Iklan
Iklan

Terdahulu suspek, 43, dibawa ke lokap mahkamah dengan menggunakan trak polis tiba jam 8.30 pagi.

Difahamkan suspek diagnosis orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental pada November 2019.

Iklan

Ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan tiada rekod kesalahan lampau.

Terdahulu media melaporkan seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan terbakar di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, di sini, pada pagi Ahad.

Iklan

Mangsa berusia 68 tahun, dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri dalam satu kejadian amuk sekali gus mengejutkan penduduk setempat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, polis menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 7.48 pagi, melaporkan seorang lelaki mengamuk di kediaman berkenaan.