BAITULMUQADDIS - Lebih 500 peneroka Israel melakukan provokasi pada hari kedua Ramadan dengan menyerbu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Ahad melalui Pintu Maghribi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Menurut koresponden WAFA, pendatang berkenaan melakukan rondaan provokatif di sekitar masjid dan melaksanakan ritual keagamaan Yahudi, terutamanya di bahagian timur pekarangan itu.