950 pek beras Jualan Rahmah Madani dijual tidak sampai satu jam

Iklan
Orang ramai berbaris bagi membeli beras putih tempatan yang dijual di Jualan Rahmah Madani di pekarangan Masjid Al-Hidayah Kampung Lahar Tiang, Kepala Batas pada Ahad.

KEPALA BATAS - Beras putih tempatan bersubsidi antara barangan keperluan yang laku keras dijual di Jualan Rahmah Madani di Pinang Tunggal di sini pada Ahad.

Tidak sampai satu jam jualan berkenaan diadakan di pekarangan Masjid Al-Hidayah Kampung Lahar Tiang di sini, keseluruhan 950 pek beras 10 kilogram (kg) yang dibawa penganjur habis disambar orang ramai.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian mendapati seawal jam 8 pagi orang ramai sudah mula menunggu dan beratur sementara menunggu khemah jualan dibuka pada jam 9 pagi semata-mata mahu mendapatkan beras tempatan serta barangan keperluan lain.

Pengunjung, Siti Mariam Shuib, 40, berkata, dia mengetahui mengenai Jualan Rahmah berkenaan melalui iklan di TikTok pada Jumaat dan tidak mahu melepaskan peluang untuk dapatkan beras tempatan yang sebelum ini sukar dicari.

Iklan

Siti Mariam (kanan) dan ibunya, Che Zaiton lega dapat membeli beras putih tempatan.

Siti Mariam yang datang ke jualan berkenaan bersama ibunya, Che Zaiton Khalid, 60, dari Penaga menzahirkan rasa syukur kerana dapat berjimat dengan membeli barangan keperluan yang jauh lebih murah berbanding harga di tempat lain.

Iklan

"Lega la dapat berjimat berbelanja termasuk membeli keperluan lain sebagai persiapan menyambut Ramadan.

"Walaupun orang ramai mula menunggu sebelum jualan ini bermula namun saya nampak semuanya berpuas hati dapat bawa pulang dua kampit beras setiap seorang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Ahad.

Seorang lagi pengunjung, Shahrul Saad, 39, dari Bumbung Lima juga berkongsi kelegaan kerana dapat membeli semula beras tempatan yang amat diperlukan oleh orang ramai terutamanya golongan pendapatan rendah di kawasan ini.

Shahrul

Katanya, jualan murah seperti ini perlu diperbanyakkan lagi bagi meringankan beban orang ramai yang kini terpaksa berdepan dengan kos sara hidup tidak menentu.

"Harap lepas ni penduduk dah tak susah untuk dapatkan beras tempatan di pasaran kerana ini yang yang amat diperlukan orang ramai.

"Saya percaya orang ramai yang beratur dan menunggu pagi ni untuk mendapatkan beras tempatan ini pasti lega kerana boleh berjimat banyak berbanding kalau beri beras import di pasaran luar," katanya.

Sementara itu, Osmiyani Othman, 42, pula berkata, bukan sahaja beras tempatan yang sebelum ini hilang dan sudah ditemui, namun beliau turut bersyukur kerana dapat membeli minyak masak paket yang sebelum ini susah untuk dibeli di kedai dan pasar raya.

Osmiyani

"Barangan keperluan asas ini tidak sepatutnya disorok atau dinafikan hak untuk dibeli oleh orang ramai.

"Saya harap perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan dan agensi berkaitan agar kami dapat membeli barangan yang telah disubsidikan untuk rakyat," katanya.