Zakat Fitrah Perlis ditetapkan pada kadar RM9
Iklan
Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis bagi tahun 1446H/2025M ditetapkan RM9 seperti diperkenankan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Gambar hiasan
KANGAR - Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis bagi tahun 1446H/2025M ditetapkan RM9 seperti diperkenankan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan bagi mereka yang memilih menunaikan zakat menggunakan beras, kadar ditetapkan ialah satu gantang Nabawi seorang, bersamaan 2.6 kilogram (kg).
Iklan
Iklan
"Pembayaran boleh dilakukan melalui amil dilantik secara rasmi oleh MAIPs atau menggunakan kaedah pembayaran dalam talian yang disediakan bagi memudahkan urusan masyarakat,” menurut MAIPS menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.
MAIPs juga mengingatkan bahawa kegagalan menunaikan zakat fitrah boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan sedia ada.
Iklan
Kenyataan sama memaklumkan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan kadar zakat itu di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis dekat sini pada Jumaat.
Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan Kempen Kesedaran Amalan Berwakaf dan Berinfak Tahun 2025, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wakaf dan infak dalam pembangunan institusi Islam serta memperkukuh sokongan kepada golongan memerlukan.
Iklan
Inisiatif itu juga diharap menjadikan masyarakat Islam di Perlis lebih peka terhadap tanggungjawab sosial mereka, selain membantu memperkasakan institusi wakaf dan infak dalam usaha memperkukuh ekonomi ummah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>