Maszlee tegur campur tangan ahli politik tiada latar belakang pendidikan

Iklan
Maszlee

KUALA LUMPUR – Campur tangan ahli politik yang tiada latar belakang pendidikan dalam isu kurikulum boleh merosakkan sistem pendidikan negara.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, penggubalan kurikulum bukan sekadar melibatkan pakar dalam bidang sejarah semata-mata, tetapi juga melibatkan pakar pendidikan, pedagogi, perpaduan, sosial dan lain-lain bagi memastikan keseimbangan dalam sistem pembelajaran.

Iklan
Iklan

Beliau turut mengingatkan agar isu pendidikan tidak dipolitikkan dengan naratif perkauman kerana ia boleh mengundang kesan negatif.

"Jika DAP berterusan membawa isu-isu pendidikan dari sudut pandang perkauman, ia tidak akan membantu Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"Ia akan mencetuskan kesan pendulum daripada pihak lawan serta memberi kelebihan kepada mereka yang sering memainkan isu 3R demi kepentingan politik.

"Timbalan Menteri Pendidikan adalah dari DAP, apakah dia tiada dalam WhatsApp group MP DAP kah untuk Kota Melaka bertanyakan soalan? ” katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Iklan

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (DAP-PH) pada 24 Februari lalu supaya buku teks sejarah sekolah rendah memasukkan sejarah semua kaum di Malaysia bagi meningkatkan perpaduan rakyat sejak usia muda.

Poay Tiong memberi contoh hubungan Malaysia-China yang telah terjalin sejak kunjungan Laksamana Cheng Ho ke Melaka, namun fakta itu tidak dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah rendah.

Menjawab cadangan itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa sukatan pelajaran ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pakar dan guru.

"Saya ambil maklum pandangan Kota Melaka, tetapi saya ingin tegaskan bahawa semua cadangan berhubung peristiwa sejarah ditetapkan oleh jawatankuasa ini,” katanya Fadhlina.