Polemik pilihan raya PBT, Datuk Bandar
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai pilihan raya Datuk Bandar KL.
KAJIAN kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur membuka semula perbahasan lama mengenai sejauh mana Malaysia bersedia mewujudkan proses demokrasi di peringkat paling dekat dengan rakyat.
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan ia masih di peringkat kajian, kenyataan itu sudah cukup menghidupkan kembali polemik mengenai keperluan, kesesuaian dan risiko pilihan raya PBT serta pemilihan Datuk Bandar secara terus.