PKPDK, RSAJ kerjasama ceriakan pusat pemulihan komuniti

Iklan
Semua pihak yang terlibat dalam gotong-royong di PKPDK Tanjong Puteri.

JOHOR BAHRU - Usaha menceriakan persekitaran pembelajaran 50 anak istimewa di Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) Tanjong Puteri direalisasikan menerusi program gotong-royong anjuran pertubuhan itu dengan kerjasama Ranhill SAJ Sdn Bhd (RSAJ).

Pengerusi PKPDK Tanjong Puteri, Zulkifli Bujang berkata, menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak berganding bahu mewarnakan mural termasuk kerja pembersihan bagi mencipta suasana lebih kondusif untuk pembelajaran

Iklan
Iklan

"Kami amat menghargai komitmen RSAJ dalam usaha kebajikan itu. Kehadiran mereka bukan sekadar menyumbang dari segi tajaan, tetapi juga turun padang membantu secara langsung.

"Ini satu contoh kerjasama yang wajar dicontohi dalam membina masyarakat prihatin,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mereka yang terlibat turun padang membantu secara langsung mencantikkan kawasan PKPDK Tanjong Puteri.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, PKPDK Tanjong Puteri berharap lebih banyak pihak tampil memberi sokongan kepada usaha kebajikan dan pembangunan komuniti pada masa hadapan.

Iklan

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat RSAJ, Ahmad ‘Asri Khalbi berkata, pihaknya sentiasa menyokong inisiatif kemasyarakatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

"Kami mahu memastikan persekitaran lebih selesa buat anak-anak istimewa ini, selain mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat,” katanya.