KPKM lulus peruntukan RM9.25 juta perkasa agenda keterjaminan makanan Johor
Iklan
Zahari (tengah) ketika mempengurusikan mesyuarat penyelarasan bersama pihak KPKM dan Jabatan/Agensi yang terlibat dalam memperkasa agenda keterjaminan makanan Johor. Foto FB Zahari Sarip
JOHOR BAHRU - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan peruntukan RM9.25 juta (Fasa 1) bagi memperkasa agenda keterjaminan makanan menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri Johor tahun ini.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, projek yang diluluskan meliputi Program Memperkasa Industri Agromakanan Tanaman dan Komoditi Berpotensi, Program Memperkasa Pembangunan Industri Asas Tani, Program Johor Future Agropreneur (JFA) serta Pemerkasaan Projek Agromix Segamat Fasa 3.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, projek lain adalah Projek Pembangunan High-Tech System di Pusat Memproses Makanan Fama (PMMF) Rengit, Projek Peningkatan Produktiviti Fertigasi Golden Melon PPK Pekan Nanas serta Pembangunan Sistem Mekanisasi dan Automasi Jentera Ladang Nanas MD2.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada KPKM atas kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan program atau projek memperkasa agenda keterjaminan makanan ini, menerusi Program Kerjasama Antara KPKM dan Kerajaan Negeri Johor Tahun 2025.
Iklan
"Kita akan memberikan komitmen penuh untuk memastikan segala peruntukan pembangunan yang diterima ini dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus memastikan objektif yang disasarkan dapat dicapai," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri turut mengambil inisiatif awal bagi mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak KPKM dan jabatan serta agensi terlibat dalam memastikan gerak kerja dapat dimulakan segera dan diselesaikan mengikut garis masa yang ditetapkan atau lebih awal. - Bernama
Iklan
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.