RABAT - Pemerintah Maghribi menitahkan rakyat negara itu supaya tidak melaksanakan ibadah korban pada Aidiladha tahun ini kerana kemarau berpanjangan telah memberi impak kepada ternakan kambing biri-biri hingga melonjakkan harga daging haiwan itu.
"Negara kita sedang berdepan cabaran iklim dan ekonomi yang mengakibatkan kemerosotan teruk dalam hasil ternakan,” menurut titah Raja Mohammed VI yang dibacakan Menteri Hal Ehwal Agama, Ahmed Toufiq menerusi siaran TV pada Rabu.