KOTA BHARU - Aktiviti penyeludupan menukar modus operandi dengan menjadikan laut sebagai laluan baharu setelah polis Kelantan menguatkuasakan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil risikan yang dijalankan mendapati kumpulan berkenaan menggunakan Kuala Besar di Kota Bharu, Tak Bai (Tumpat), Tok Bali (Pasir Puteh) dan sebagainya untuk tujuan tersebut.