Polis siasat ibu ayah Hud Aryan

Iklan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjutan terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada Rabu.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di Tanah Merah pada Rabu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tindakan tersebut diambil kerana pihaknya mendapati kehilangan kanak-kanak lelaki terbabit agak tidak munasabah.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah untuk siasat ibu ayah, ahli keluarga serta penduduk setempat.

"Mungkin dipercayai ada unsur kecuaian. Walaupun hasil bedah siasat tidak menemukan sebarang kesan dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun melihat kepada perkongsian orang ramai di TikTok, kami merasakan cara kanak-kanak ini hilang seperti tidak logik.

Iklan

"Dalam masa lima minit, boleh hilang. Jarak rumah neneknya dengan anak sungai 50 meter," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan anggota yang terlibat dalam operasi dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung terpaksa berjalan kaki dan meredah air sedalam 0.6 meter sebelum menemukan jasad Hud Aryan dalam keadaan terbujur kaku.

Iklan

Mayat anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada jam 4.15 petang.

Hud Aryan sebelum ini dilaporkan hilang pada waktu Maghrib semasa berada di rumah neneknya pada Isnin lalu.


Redah air 0.6 meter sebelum jumpa jasad Hud Aryan di dahan pokok

TANAH MERAH - Anggota yang terlibat dalam operasi dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung terpaksa berjalan kaki dan meredah air sedalam 0.6 meter sebelum menemukan jasad Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 19 bulan, dalam keadaan terbujur kaku.

Mayat anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada jam 4.15 petang.

Anggota SAR yang terdiri daripada pelbagai agensi serta penduduk kampung mencari Hud Aryan di sekitar kawasan rumah neneknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkifli Osman berkata, mereka berjaya menemukan kanak-kanak lelaki terbabit selepas menghidu bau yang kurang menyenangkan di kawasan tersebut.

"Sebenarnya pada hari Selasa kami sudah melalui kawasan itu menggunakan bot namun tidak menjumpai sebarang petunjuk kerana paras air dalam.

"Disebabkan tidak puas hati, kami (pasukan SAR) nekad ke lokasi untuk tujuan SAR kerana air semakin surut. Kami berjalan kaki di dalam air sedalam 0.6 meter," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Khidmat K9 digunakan oleh bomba untuk mencari Hud Aryan.

Menurut beliau, mayat Hud Aryan berada dalam keadaan cukup sifat dan lengkap berpakaian sepertimana hari dia didapati hilang.

Ujarnya, selepas 60 jam pencarian akhirnya kanak-kanak lelaki itu berjaya ditemukan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga di sini pada Isnin.

Difahamkan semasa kejadian, Hud Aryan berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai sebelum disedari hilang oleh ahli keluarga.