Korupsi mega RM53 bilion goncang Indonesia

Iklan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.

JAKARTA – Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.

Menurut kenyataan pada Selasa, tujuh individu disyaki terlibat, termasuk empat eksekutif Pertamina, kerana menyebabkan kerugian besar kepada negara.

Iklan
Iklan

Mereka didakwa mengatur skim yang memaksa kilang penapisan mengimport minyak mentah dan produk petroleum dari luar, walaupun undang-undang menghendaki Pertamina mendapatkan bekalan dari kontraktor domestik terlebih dahulu.

Siasatan mendapati suspek terlibat dalam aktiviti import yang dimanipulasi antara 2018 hingga 2023, dengan tiga individu daripada syarikat swasta turut didakwa memperoleh keuntungan haram daripada penghantaran minyak tersebut.

Iklan

Dalam kenyataan berasingan, Pertamina menegaskan bahawa syarikat itu akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan memastikan perkhidmatan pengedaran tenaga kepada rakyat berjalan seperti biasa. – Bloomberg

Iklan