SHAH ALAM - Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke kediaman peribadi bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Banjarsari, Solo, Indonesia bagi mengadakan perbincangan bersama pada Rabu.
Memetik laporan Metro TV, kehadiran bekas Perdana Menteri itu turut ditemani oleh anak perempuannya, Marina Mahathir dan rombongan beliau.