Pahang negeri pertama miliki unit penguatkuasaan sendiri, banteras pencerobohan tanah haram

Iklan
Wan Rosdy ketika Program Town Hall Rakyat Sinar Harian di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Isnin.

KUALA LIPIS - [DIKEMAS KINI] Kerajaan negeri Pahang menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai pasukan penguatkuasaan sendiri menerusi penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bagi menjaga kepentingan negeri serta mencegah kehilangan dan ketirisan hasil kerajaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, unit berkenaan berperanan membanteras aktiviti tidak sihat termasuk pencerobohan tanah haram, pembalakan haram dan kecurian pasir.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kegiatan berkenaan kerana ia boleh menjejaskan hasil serta khazanah negeri.

"Kita sangat tegas. Kalau dulu kita buat tangkapan, kita kompaun, tetapi saya dapati aktiviti itu masih berlaku dan akhirnya kita buat keputusan, kalau sekiranya kita mendapati penerokaan tanah haram ini, kita tidak kompaun, kita bawa mereka terus ke mahkamah,” katanya.

Iklan

Beliau berkata sedemikian ketika Program Town Hall Rakyat (THR) Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, Wan Rosdy berkata, tindakan lebih tegas itu bukan bertujuan memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dibendung.

Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri mahu menyifarkan aktiviti tidak sihat itu atau sekurang-kurangnya mengurangkannya ke tahap minimum demi melindungi khazanah negeri.

Beliau berkata, usaha berkenaan turut memerlukan kerjasama dan komitmen pasukan pentadbiran negeri bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.