72 laporan babit kerugian RM23.7 juta kes penipuan pelaburan

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Polis menerima 72 laporan membabitkan kerugian RM23.7 juta berkaitan penipuan pelaburan sejak tahun lalu hingga Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penipuan pelaburan itu ditawarkan secara bersemuka dan dalam talian.

Iklan
Iklan

"Skim pelaburan tersebut menjanjikan pulangan bulanan antara empat hingga tujuh peratus.

"Sejumlah 10 kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan tipu melibatkan nilai kerugian berjumlah RM2.04 juta. Kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Bagaimanapun menurutnya, pihak polis mengesan satu lagi skim pelaburan mata wang asing (Forex) klon.

"Pelaburan ini ditawarkan secara dalam talian melalui Facebook, Instagram, Tiktok dan Telegram yang menjanjikan keuntungan seawal tiga jam.

Iklan

"Sepanjang 2024 sehingga tahun ini, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka ke atas skim pelaburan klon itu melibatkan jumlah kerugian RM243,376.90," jelasnya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seramai 77 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pelaburan dipercayai didalangi rakyat tempatan dengan menggunakan kira-kira 30 syarikat berperanan sebagai 'local depositor'.

Dakwanya, syarikat itu berdaftar di Seychelles, Afrika mencari mangsa melalui ejen dan wakil-wakil syarikat dan membuat penerangan secara dalam talian dengan menjanjikan pulangan sebanyak tujuh peratus sebulan.