SEPANG - Seorang individu dipenjara enam bulan selepas gagal membayar hukuman denda sebanyak RM30,000 yang dikenakan terhadapnya kerana memuat naik kandungan bersifat palsu berkenaan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268.
Kesalahan itu dilakukan individu berkenaan pada 8 Februari 2025 menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.